PILIHAN



Dalam hidup ini,
Kita semua, 
Punya tujuan,
Punya pilihan,
Dan pilihan itu, 
Sememangnya sesuatu yang berbeza-beza.



Ya, 
Hanya kau yang mampu pilih, 
Hanya kau yang perlu pilih, 
Hanya kau yang seharusnya memilih, 
Apa sebenarnya yang kau mahu.



Lalu kau bertanya.



Saat ini,
Kau mahu rasa apa? 
Sedih? 
Atau, 
Gembira? 
Ya.
Kau sendiri pilih.



Kau mahu jadi penakut?
Atau,
Kau pilih untuk berani?
Kau pilih.



Kau mahu terus lemah?
Atau,
 Kau mahu bangkit?
Kau pilih.



Kau mahu terus mengenang yang lalu?
Atau,
 Kau mahu tinggal segalanya menjadi kenangan?
Kau pilih. 



Kau mahu terus dan terus mencuba ?
Atau, 
Kau mahu begitu sahaja menyerah?
Kau pilih. 



Kau mahu selamanya di bawah?
Atau,
Kau mahu slow-slow panjat dan naik ke atas?
Kau sendiri pilih. 



Mohon fikir dalam-dalam segala pilihan yang kau buat. 



Jangan, 
Jangan pernah cipta alasan,
Jangan terus diam, menung dan tunggu, 
Kerana, 
Setiap perkara itu tidak datang bergolek, 
Kau takkan tahu setakat mana kau mampu, 
Dan di mana sebenarnya diri kau. 


Love: 
Floralyaa

11 comments:

  1. hidup ni penuh dengan pelbagai pilihan but what matters is the choice u ought to make

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi. jom la join n meriahkan segmen GA kt sini

      http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

      Delete
  2. hanya kita yang tentukan jalan hidup kita melalui pilihan yang ada di depan mata

    ReplyDelete
  3. Pilihan itu bnyak, istikharah lah. inshaa Allah dipermudahkan segala urusan :)

    ReplyDelete
  4. Whatever choices that you make, whether everything goes well or not believe in yourself that everything happens for a reason kann?

    Done follow sini and jemput followback kitee :) Comment my latest post too hehe
    http://fallensecrets.blogspot.my/2018/02/act-your-age.html

    ReplyDelete
  5. kita sendiri yang tentukan jalan hidup kita sendiri.

    ReplyDelete
  6. hidup ni memang bnyk pilihan tapi atas diri kita untuk tentukan mana pilihan yg terbaik :)

    ReplyDelete

Feel free to comment what ever you want and Leave your footprints here so that I can visit you back! Thank you :)