Pencarian Bloglist July 2018 oleh Airah Syahirah


23 June 2018 hingga 29 June 2018

RAYA 2018

After 6 months, now i'm back.

..

In a serious way of writing.
Sem 3 is quiet tough you know so i got no time to spend here. *rolleyes

Today is 20 jun and tbvh aku patutnya dah kena tercongok kat unisza tu. Tapi hm. Macam tak biasa. Tambahlah cuti sendiri. 25 jun nanti baru aku balik sana kihkih. Disebabkan dapat #cutitambahsendiri, bolehlah aku update blog mihmih.


HAPPY EID MUBARAK GAIS!

It's not too late for me, right?


On the first day of raya, like always. We get ready on our baju raya at 7.30 am and taking selfies of the whole family in the living room. Then we moved to the grave to visit our dad on the first day of raya. I know even in Islam memang tak digalakkan ziarah kubur pagi raya because we suppose to be happy on eid. So what? We just want to visit his grave before we leave to Perak. That's it.



Act geram jugak sebab ada certain orang anggap orang yang ziarah kubur pagi raya ni macam tak belajar agama, kuno la, bid'ah la. Suka hati je judge orang. Tak baik tau. Tak ada niat nak bersedih pun. Tapi memang setiap kali raya akan teringat kat arwah. Nak buat macam mana kannnnnnnnnn.

RAYA 2018

Then we moved to perak lepas drive thru mcd beli sarapan. Orang lain sarapan lemang, nasi impit, etc, kita sarapan mcd haha. Dalam 2 jam lebih sampai. Highway manyak kosong maaa. Terus beraya rumah adik-beradik ibu.

RAYA 2018
Ada nampak saya happy tak dapat duit raya? Bak sini duit raya.


First day raya, visit 3 rumah siblings ibu. Itam, Mak La and We Yong. Melepak je lebih ni sebab semua berkumpul kat satu rumah and semua pun melepak sama hahaha. Lepas tu balik rumah Ummi, kami tidur sana. 

Sec day raya, visit lagi 2 buah rumah siblings ibu. Mak Nyah and Alang. And yes, aktiviti yang sama. Melepak. Tapi yang bestnya sec day ni ada girls night out guys. Tengok Incredibles 2 and masing-masing cousin dah beso belake (besar belaka).

RAYA 2018

Third day raya? Balik kl ler. Sebelum highway jammed baik balik duluuu hahaha. Risau aku kat rumah kucing-kucing aku lapar makan pasir nanti. Kesian baby baru tak dapat neneng mak nya nanti sebab maknya tak makan.

RAYA 2018
Meet the new baby. Baby. Yes, that's her name.

Alhamdulillah wa syukurulillah saya masih tidak disisihkan keluarga kerana duit raya masih sama banyak dengan adik-adik i hahahahaha. So, laporan hasil kutipan beraya lima buah rumah;

RAYA 2018
cc: twitter/google

Oh ya! My mom also get duit raya from his husband, limited edition punya RM,

RAYA 2018
Kira lepas lah ni belanja sebulan...

RAYA 2018
*kutip pahala

Our raya is so simple. Tahun ni just beli baju raya and tudung sehelai sorang untuk tiga-tiga adik and tudung raya ibu je. Me tak beli apa-apa langsung. Pakai tudung bawal pegi class, baju raya semua recycle dari wardrobe ibu je hehe. Ibu banyak baju kurung, jubah, dress dia lawa-lawa dalam almari and ibu pakai pun sekali-sekala je. Nasib baik saiz kitorang lebih kurang so boleh lah aku menggedik dengan baju-baju ibu. Ibu pun pakai jubah-jubah lama dia je masa raya. Memang taknak beli baru sebab fikir pakai setahun sekali je. Raya rumah family pun melepak je keje haha. Membazir.


Yang penting raya ni, lemang, ketupat, kuah kacang, rendang, semperit, kuih raya mak nyah, ayam masak merah rumah we yong, mee sup rumah alang, brownies rumah mak la semua dah selamat masuk perut. Alhamdulillah. 


Ok lah. Maaf salah silap ye semua. Kalau selama ni ada terguris hati dengan apa yang ditaip di blog or mana-mana socmed, ampun salah silap. Selamat hari raya!

Ronaldmohoni.com Hari Raya Aidilfitri 2018 Giveaway


Keputusan melalui cabutan nombor dan akan diumumkan selewat-lewatnya 31 Julai 2018. Minimum penyertaan ialah 30 orang, jika kurang 30 orang, Giveaway batal. Sekian.

Buka Buku Baru" Giveaway by Mai


Selamat menempuh perjalanan hidup yang baru, menjadi keluarga yang sakinah, penuh mawaddah, dan rahmah. Semoga dikurniakan keturunan yang soleh dan solehah, diberikan limpahan rezeki yang berkah serta sentiasa berada dalam lindungan Allah swt :)

KAD RAYA GIVEAWAY 2018


Giveaway berlangsung 01 Jun - 08 Jun 2018 

COMEBACK GIVEAWAY by BYZURA HALIFAH


GIFT:
- One gift for one winner.

Segmen Bloglist Julai hingga September 2018 ciklapunyabelog.blogspot.com

Keunikan Sabun Cake Organik - 100% Buatan Muslim, Halal dan Selamat

Assalamualaikum

Ramai yang kata sabun cake organik ni comel gila. Dah lah wangi rasa macam nak ngapp je dalam bilik air sebab nampak macam sedap haha. Kalau nak cantik dan sihat mestilah kena guna produk yang menggunakan bahan semula jadi kan.

Sabun Cake Organik ni 100% buatan muslim and founder dia duduk kat Johor. No chemical, no paraben and semestinya halal dan selamat nak digunakan. Mana lagi nak cari sabun cute yang penuh khasiat yang terbaik untuk kulit kita macam sabun cake ni.

Ingredients: Unrefined Shea Butter, Argan Oil, Extra Virgin Olive Oil, Coconut Oil and Castor Oil.

Kelebihan Sabun Cake Organik :
- cantik luaran, sihat dalaman
- tiada bahan kimia yang boleh merosakkan, menipiskan & mengeringkan kulit
- boleh guna untuk muka dan badan
- tahan lebih dari 2 bulan (jimat!)
- 100% minyak, bahan alami & bau sabun yang alami


1) Sabun Susu Kambing

Keunikan Sabun Cake Organik - 100% Buatan Muslim, Halal dan Selamat

Custom-made sabun susu kambing ni paling segar, 100% pure tanpa campuran air tau! Wangi sangat bau susu ni. Sabun susu kambing ni sangat sesuai dalam membantu masalah eczema, psoriasis dan kulit sensitif. Bayi sampai orang paling berumur boleh guna sabun ni untuk rawat masalah kulit.


2) Sabun Arang + Rose

Keunikan Sabun Cake Organik - 100% Buatan Muslim, Halal dan Selamat

Ice cream yang kat atas tu sabun jugak tau hehe. Khas untuk kulit berminyak, berjerawat and cerahkan kulit.


3) Sabun Cocoa + Flaxseed Scrub

Keunikan Sabun Cake Organik - 100% Buatan Muslim, Halal dan Selamat

Antara sabun best selling yang sangat powerful for dry skin. Scrub flaxseed sangat tinggi dengan antioksidan digabung dengan cocoa for skin booster. Sangat sesuai untuk rejuvenating skin korang supaya kulit korang nampak lebih muda dan fresher. Khasiat flaxseed yang kaya dengan moisturizing oil sangat membantu restructure kulit yang rosak, menggelupas, dan perlahan-lahan dia cerahkan kulit. Cocoa pula anti ageing properties, selambak cocoa mentah founder tu taruk dalam sabun ni haha. 


4) Sabun Kunyit

Keunikan Sabun Cake Organik - 100% Buatan Muslim, Halal dan Selamat

Buat para lelaki yang kat luar sana daripada korang mengunyit dengan kawan korang baik korang pakai sabun kunyit ni. Jangan ingat perempuan je kena jaga muka tau. Lelaki pun ramai je muka breakout and banyak masalah jerawat kan so sabun kunyit ni sangat sesuai untuk korang. Kunyit ni bersifat antiseptik dan boleh bersihkan kulit secara efektif.

Sangat membantu untuk menghilangkan parut, membersihkan kulit, melancarkan peredaran darah, merawat pelbagai masalah kulit dan sumber semulajadi kecantikan turun temurun dalam perubatan tradisional sebab kunyit juga bersifat antifungal, antialergik dan antioksidan. 


5) Sabun Limau Purut

Keunikan Sabun Cake Organik - 100% Buatan Muslim, Halal dan Selamat

Limau purut super duperr hebat untuk hilangkan bau kepam badan, bau ketiak (hahaha) dan sesuai untuk orang yang selalu ada masalah bau badan lagi-lagi bila berpeluh tu. Vitamin C yang ada kat limau purut ni pun boleh bantu cerahkan kulit iollss. Kalau korang perasan, orang tua dulu-dulu suka suruh kita mandi bunga campur dengan hirisan limau purut kan? Sebenarnya diorang nak bagi badan kita lebih segar, naik seri dan tak berbau!


6) Sabun Halia (Kurus)

Keunikan Sabun Cake Organik - 100% Buatan Muslim, Halal dan Selamat

Sabun halia ni semakin mendapat permintaan sebab sabun ni bukan sahaja dapat membakar lemak, tetapi melicinkan stretch marks, panau, parut dan selulit tau. Kurus secara sihat tu sangat penting.


7) Sabun Roselle

Keunikan Sabun Cake Organik - 100% Buatan Muslim, Halal dan Selamat

Sabun Roselle Raspberry ni boleh mengecutkan jerawat, kaya dengan vitamin C yang boleh mencerahkan kulit. Untuk yang ada masalah jerawat pun boleh guna sabun roselle. 


8) Sabun Kulit Kayu Manis

Keunikan Sabun Cake Organik - 100% Buatan Muslim, Halal dan Selamat

Kulit kayu manis sesuai untuk masalah jeragat, jerawat, kulit berparut, dan juga mencerahkan kulit. Khasiat kayu manis yang mampu mengeluarkan angin daripada tubuh, membersihkan kulit, sangat aktif dalam membasmi jerawat, pudarkan parut, dan mencerahkan celah-celah badan yang gelap. Licin mulus kulit lepas pakai sabun kayu manis. Lagi satu, sabun ni pun sesuai untuk resdung. 


9) Sabun Tomato

Keunikan Sabun Cake Organik - 100% Buatan Muslim, Halal dan Selamat

Sabun tomato sabun paling bagus masalah kulit kering, menggelupas dan sunburn. Ramai orang biasa guna tomato bila nak jaga kulit tapi ramai malas nak sediakan/bancuh bahan guna tomato sendiri. So apa kata guna yang ready made je sebab sabun tomato ni memang selamat, no chemical, no paraben. 100% organik bruh. Boleh kecilkan pori, melembapkan dan moisturize kulit kita.


10) Sabun Coffee Scrub

Keunikan Sabun Cake Organik - 100% Buatan Muslim, Halal dan Selamat

Siapa yang dah biasa guna kopi as based dia untuk jaga muka dan kulit boleh try sabun coffee scrub ni untuk memudarkan selulit, stretch marks dan tanda-tanda hitam celah badan.


Jenis sabun:
-Kayu Manis
-Kunyit
-Arang aktif + Rose
-Susu Kambing
-Tomato
-Kopi
-Roselle
-Koko + Flaxseed Scrub
-Halia @ Kurus
-Limau Purut

Harga semua sabun RM40 kecuali sabun susu kambing RM45.


Sabun Pavlova


Siapa sini minat pavlova? Sedap kan? Tapi attention ye dalam gambar tu bukan pavlova betul tapi sabun tau! Nampak macam sedap dan real kan? Sabun pavlova ni harga dia RM20 kaya dengan vitamin C boleh mengatasi masalah jerawat, mencerahkan kulit dan melembapkan kulit korang. Sabun pavlova ni lain daripada sabun yang sikit sebab bentuknya and nampak cute!

Sekarang ada promotion siapa yang beli minimum dua sabun, boleh dapat sabun pavlova FREE! Terhad untuk yang terawal whatsapp grab promotion ni je tau.


Ada dua lagi produk body care yang organik iaitu Minty Lime Ginger Scrub dan Lotion Lavender. Siapa nak tahu harga boleh whatsapp laju-laju no kat bawah ni.

Keunikan Sabun Cake Organik - 100% Buatan Muslim, Halal dan Selamat Keunikan Sabun Cake Organik - 100% Buatan Muslim, Halal dan Selamat


Sabun cake organik ni kawan sarah yang jual, izzah namanya. Dia dengan husband dia dua-dua guna sabun cake ni sebab memang best. Siapa nak order sabun cake organik and nak grab promotion free sabun pavlova tu whatsapp izzah cepat tau sebab sabun cake ni laku keras, ramai jugak student unisza dah cuba sabun ni and feedback semua boek. Tekan link kat bawah kalau nak order ye :))


Izzah

Instagram
@sabuncakeorganik

Pakej Fotografi Perkahwinan 2018 - Murah dan Berbaloi

Pakej Fotografi Perkahwinan Murah dan Berbaloi | Assalamualaikum semua! Perkahwinan adalah satu pengalaman yang paling berharga dalam hidup dan semestinya setiap pasangan mahu mengabdikan kenangan mereka dalam bentuk yang paling indah dan menarik. Memilih pakej fotografi perkahwinan yang memberi layanan paling tiptop, servis yang berkualiti, gambar yang menarik dan kreatif, hasil kerja yang professional dan berbaloi merupakan impian setiap pasangan yang akan melangsungkan majlis pernikahan tidak lama lagi. Sememangnya, Orange Photography menyediakan pakej fotografi perkahwinan yang mempunyai kriteria-kriteria di atas dan menawarkannya pada harga yang murah dan sangat berbaloi melalui hasil kerja kerja kreatif mereka. 


Harga Pakej Fotografi Perkahwinan
The Orang Photography

Harga Pakej untuk 2 Event Photo - RM2,000.00
- 2 Event Coverage (Nikah & Sanding)
- Custom Album 10X12
- Exclusive Frame 16 X 24
- FREE Outdoor
- FREE Edited Photo
- FREE Box & Bag


Album

Pakej Fotografi Perkahwinan 2018

Antara tema pakej fotografi perkahwinan yang ditawarkan sangat cantik.

Pakej Fotografi Perkahwinan 2018

Gambar untuk dijadikan kenangan sepanjang hayat melalui pakej fotografi perkahwinan daripada The Orange Photography

Pakej Fotografi Perkahwinan 2018

Pakej Perkahwinan Fotografi - Album Photo



Single Photo

Pakej Fotografi Perkahwinan 2018

Gambar yang santai dan bersahaja tetapi kreatif dan menarik.

Pakej Fotografi Perkahwinan 2018

Pakej yang ditawarkan sangat berpatutan dengan hasil kerja mereka yang sememangnya mencuri perhatian ramai pelanggan. 

Pakej Fotografi Perkahwinan 2018

Pakej Fotografi Perkahwinan - Single Photo



Testimoni

Pakej Fotografi Perkahwinan 2018

Kesemua pelanggan The Orange Photography telah menerima servis yang terbaik di majlis perkahwinan mereka melalui pakej fotografi perkahwinan pilihan mereka. Hasil kerja mereka dan kerjasama yang baik antara pelanggan dan pihak Orange Photography telah mendatangkan feedback yang baik yang sepatutnya dikongsikan bersama orang lain.

Jadi, kami amat menyarankan agar anda memilih pakej fotografi perkahwinan daripada The Orange Photography di majlis perkahwinan anda.

Pakej Fotografi Perkahwinan Testimoni  Pakej Fotografi Perkahwinan Testimoni



Office Orange Photography

Mereka bukan sahaja menawarkan pakej fotografi perkahwinan, malah pelbagai servis fotografi dan videografi sama indoor atau outdoor juga ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan mereka. Mereka sangat sesuai sekiranya anda mencari servis fotografi dan videografi untuk majlis konvokesyen, iklan komersial produk dan servis, majlis-majlis formal dan sebagainya.

Berpengalaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang ini, mereka juga mempunyai studio dan office sendiri untuk menggerakkan tenaga kerja yang sangat berpengalaman.  

Pakej Fotografi Perkahwinan 2018

Ruang kerja untuk staff-staff Orang Photography

Pakej Fotografi Perkahwinan 2018

Kepada pasangan yang merancang untuk mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, anda boleh memilih The Orang Photography sebagai pakej fotografi perkahwinan anda The Orang Photography menyediakan servis pakej fotografi perkahwinan yang terbaik untuk anda. Untuk membuat sebarang tempahan, anda boleh menghubungi mereka melalui talian di bawah;


Tel : 017-296 2141 / 017-211 6634
Email : [email protected]
Website : https://theorangephotography.com
Alamat : T3-1D, Tingkat 1, Kompleks Amaniah, 68100 Batu Caves, Selangor


Pakej Fotografi Perkahwinan


Contest ini turut disertai oleh;
  1. http://www.ajumohit.com/2018/05/pakej-fotografi-perkahwinan-orange-potography-berbaloi-dan-berkualiti.html
  2. http://sobrimansor.net/pakej-fotografi-perkahwinan/
  3. https://mrhanafi.com/pakej-fotografi-perkahwinan/
  4. http://modernmumthingy.com/pakej-fotografi-perkahwinan/ 
  5. https://www.nurzariniismail.com/2018/05/pakej-fotografi-perkahwinan.html
  6. https://www.dianarashid.com/2018/05/pakej-fotografi-perkahwinan-2018-yang.html
  7. http://onlajer.com/blog/pakej-fotografi-perkahwinan-terkini-dan-terbaik/
  8. http://www.pokucu.com/2018/05/pakej-fotografi-perkahwinan.html
  9. http://www.iuzira.com/2018/05/pakej-fotografi-perkahwinan-budget-dan.html?m=1
  10. http://www.mommyfiqa.com/2018/05/pakej-fotografi-perkahwinan.html
  11. http://ohduit.com/servis-pakej-fotografi-perkahwinan-terbaik/
  12. https://adna2029.blogspot.my/2018/05/pakej-perkahwinan-murah-dari-orange.html
  13. http://www.sensasi2020.com/2018/05/tips-memilih-pakej-fotografi.html
  14. http://nozi-mirrah.blogspot.my/2018/05/cabaran-contest-seo-pakej-fotografi.html
  15. http://topseofriendly.blogspot.com/2018/05/pakej-fotografi-perkahwinan.html
  16. http://www.ciktom.com/tips-cari-pakej-fotografi-perkahwinan-berkualiti-dan-terbaik/

Shuhaidasaad.com 2nd Giveaway


Pemenang ditentukan melalui :
random

Hadiah-hadiah menanti pemenang bertuah :
top komentator : RM 30.00
saguhati 6 orang : RM 10.00 (setiap satu)

Giveaway Anniversary by Annur Syuhadah dot Com


Giveaway Anniversary by Annur Syuhadah dot Com | Giveaway simple ini dianjurkan khas bagi meraikan bulan ulangtahun pernikahan AS dengan suami iaitu bulan Mei. Syarat untuk join giveaway ni sangat mudah. Korang cuma perlu jawab soalan di bawah ni dan siarkan entri giveaway kat blog korang dengan cara copy-paste template coding yang AS bagi tu, ke dalam new post blog korang dalam mod HTML.

parenting blogger malaysia
Giveaway akan tamat pada 31 Mei 2018.


Sekeping syiling ¼ Dinar bakal di giveaway kan bagi yang bertuah! Tudia, tatabahasa kelaut!.hahaha

Korang dibenarkan teka seberapa banyak yang korang nak tapi dengan syarat, setiap jawapan mesti disertai dengan satu entri. 

Bermakna jika korang teka tiga tarikh yang berlainan, maka korang akan ada 3 entri giveaway ni kat blog korang.

Jelas?

Bagus. 

Ok. Untuk pemilihan pemenang.

AS akan pilih berdasarkan jawapan paling tepat dan paling hampir.

Pemenang akan dimumkan pada 1 Jun 2018 nanti.

So selamat berjaya ye korang!

  • Soalan : AS menyambut uangtahun perkahwinan yang ke?

              
  • Jawapan : tahun ke-5 (from 2013)


Jangan lupa tinggalkan link entri korang kat ruangan komen ye?! Kalau rajin, korang follow la sekali blog ni. Takde lah nanti korang terlepas update pasal pemenang giveaway ni  ^_^


Giveaway RamadhanRaya 2018 by aerillhassan


Giveaway ini akan berlangsung dari 11.59 malam 17 Mei 2018 sehingga 11.59 malam 11 Jun 2018

SPRING & DUCK GIVEAWAY BY BLOG NADIAIZZATY.NIA



"what do you like about my blog or what you don't like about my blog or what I should improve about my blog or what topic do want me to write or you can write any suggestions and feed backs about my blog"

Obviously, i like the template of your blog. The tone, the arrangement of all the gadgets, and many more. Tbvh, sometimes when i visit a blog, and i repeat the visit, it's not because i love the blog. It also could be the chemistry that exist between me and your story in the blog hehe. I'm a book porn, i like to read about travel, events and etc. Just keep writing and i love all those words that comes from your heart!


This giveaway will be starting from 23rd April 2018 - 24th May 2018 

The winners will be announced 1 week after the closing date. The winners will be chosen randomly using the lucky draw concept.

9 Tempat Best Patut Korang Pergi di Langkawi

Hai semua!

Teringat dulu masa kecik-kecik parents aku selalu bawa aku pergi langkawi. Bila tanya nak jalan mana je, mesti langkawi. Tak tau kenapa langkawi macam tak pernah orang nak rasa bosan. Ala cakap je bosan asyik pegi langkawi, tapi bila sampai sana still rasa excited haha.

Bila listkan balik tempat-tempat yang aku pernah pergi masa kat langkawi selama ni, banyak juga rupanya tempat-tempat best. Banyak sebab jugak kenapa orang lebih prefer datang langkawi and shopping kat sini sebab antaranya kat langkawi ni bebas cukai, banyak resort mewah, pantai yang lawa.


1) Haji Ismail Group (HIG)

Yang ni kalau tak kenal tak tau nak cakap apa. Tak guna datang langkawi kalau tak singgah Haji Ismail Group (HIG) hewhew. Pelancong paling suka borong coklat kat hig ni sebab kalau borong harga memang murah gila and banyak gila kot jenis coklat kat situ. Boleh kata macam syurga coklat lah. Kalau sek mak-mak datang sini memang suka borong pinggan mangkuk.

Haji Ismail Group (HIG) ni sampai dikatakan sebagai ikon langkawi. Mana taknya kebanyakan tujuan utam orang datang langkawi sebab nak memborong dekat HIG je.


2) Underwater World Langkawi



Merupakan aquarium terbesar di Malaysia dan selalu jadi tarikan utama pengunjung ke langkawi. Range harga tiket nak masuk sini yang terkini adalah RM26-RM46 ikut kategori. Lebih daripada 200 jenis ikan laut dan ikan air tawar dipamerkan kat sini. Ada penguin rockhopper, giant rays, anjing laut harbour, ikan jerung. Amazon arapaima, jenis ikan air tawar terbesar kat dunia pun ada tau.

Siapa rasa ada nak melawat kawan-kawan korang kat sini boleh lah datang underwater world di langkawi ni. Serious syiokk. Lain-lain yang best ada kat underwater world ni adalah kafetaria, educational research centre dan juga teater 3D, filem pendek pasal ikan hehe. Bukak jam 9.30 pagi and tutup pada jam 6.30 petang. Kecuali hari jumaat sampai ahad je tutup lewat sikit jam 10.30 malam.


3) Rice Garden Museum (Laman Padi)



Kat museum ni ada banyak artifak, gambar, carta dan perkakas sejarah penanaman padi di langkawi. Lokasi museum ni dekat je dengan pantai cenang, depan Bon Ton Resort. Kat sini korang boleh try nak jadi petani, feeling ala-ala macam orang kampung tengah kerja kat sawah padi. Best pegi museum ni waktu petang-petang tapi museum ni tutup jam 6 petang haha bukak dari jam 10 pagi.


4) Pantai Cenang


Alang-alang dah pegi underwater world dengan museum laman padi, rugi rugi rugi amat kalau korang tak singgah pantai cenang. Pantai ni pantai paling famous tau dekat langkawi. Ada banyak aktiviti korang boleh buat kat pantai ni antaranya jet ski, parasailing, ada banana boat dan macam-macam lagi. 

Aktiviti-aktiviti kat pantai ni under Mega Water Sport and cuma bukak jam 9 pagi sampai 2 petang je tau. Jangan nangis pulak kalau datang sana tiba-tiba takde banana boat hehe. Island tour pun ada korang boleh tengok-tengok pulau kecik yang ada sekitar pantai cenang tu contohnya Pulau Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah.


Malam-malam pulak boleh tengok fire show kat pantai, lepak-lepak dengan member.


5) Umgawa Zipline Eco Adventure


Siapa-siapa yang berangan nak jadi tarzan, kat rumah tak reti nak duduk diam panjat sana-sini tu amatlah digalakkan datang sini. Dekat dengan telaga tujuh langkawi. Kat sini korang boleh cuba macam-macam aktiviti yang mencabar macam canopy walk, mangrove tour, dengan merentasi hutan hujan tropika tertua di Malaysia. Dibuka setiap hari jam 8.30 pagi sampai 4.30 petang. Boleh lah kalau nak buat trip dengan kawan-kawan kat sini. Seronok. Tapi harga tiket dia pun boleh tahan seronok gak haha. 



6) Sunset Cruise Langkawi 

Buat yang plan nak honeymoon atau nak feeling sunset kat langkawi boleh cuba sunset cruise. Dibuka setiap hari and ada dua jenis cruise iaitu Day Cruise (10am-4pm) dan Cruise Sunset (5pm-8pm). Range harga tiket RM130-RM320 tapi untuk kanak-kanak bawah 4 tahun semua freeee.


7) Skycab Langkawi

Kereta kabel paling best pernah aku naik adalah kat langkawi sebab gondola-gondola kat sini lagi best and lebih menggerunkan berbanding kat genting highland. Nak feeling yang paling mencabar boleh try gondola yang berasaskan kaca. Gayat beb. Kalau pegi time cuti sekolah, make sure korang ada tahap kesabaran yang tinggi untuk beratur panjang beli tiket and tunggu giliran nak naik cable car. Kalau taknak tunggu lama better beli add-on untuk masuk ke Express Lane. Skycab ni kat area telaga tujuh. Harga tiket between RM30-RM55. Make sure bawa mykad untuk harga yang lebih murah.



8) Skytrex Adventure Langkawi 


Ni lagi satu aktiviti mencabar yang korang boleh try kat langkawi. Perlepasan pertama pada jam 9 pagi and past perlepasan jam 3 petang. Range harga tiket untuk semua aktiviti yang ada kat skytrex ni RM45 hingga RM50 je. 


9) Skybridge Langkawi


Nak naik skybridge ni korang kena naik cable car dulu. Skybridge ni merupakan jambatan melengkung yang menghubungkan dua puncak bukit Manchinchang and kat atas ni korang boleh tengok view langkawi secara keseluruhan. Better pergi petang-petang sikit sebab biasanya kurang panas and kalau cuaca kurang baik, dua-dua skycab dan skybridge akan ditutup. Dibuka setiap hari jam 9 pagi hingga 8 malam dan tiket masuk berharga RM5 bagi dewasa dan RM3 bagi kanak-kanak.


Rasanya cukup tu je aku share pasal langkawi ni ye haha korang boleh pergi sendiri langkawi and rasakan keseronokan melawat-melawat tempat-tempat menarik di sana. Korang boleh rancang percutian family korang ke mana sahaja asalkan family korang happy. Atau nak buat trip dengan kawan-kawan pun boleh.

Selain langkawi, parents aku dulu selalu juga bawa aku berjalan ke Melaka. Trip masa darjah 6 pun buat ke Melaka haha. Kalau ada yang plan nak bercuti di melaka, sekarang ada bayou lagoon park resort promotions untuk sesiapa yang nak menginap di sana. 


Sekian terima kasih!